Lezatnya, rasa kuah kari yang berwarna kuning kecoklatan dicurahkan ke atas sate dan ketupat dan warna kuning daripada kuahnya itu terhasil daripada penggunaan kunyit yang banyak. Kelezatan daripada sate ini terasa apabila terdapat penambah selera seperti bawang goreng dan kerupuk kulit yang ditaburkan ke atas sate.
Kelembutan daging sapi terasa diikuti dengan taburan kerupuk kulit yang memberi kerangupan apabila masuk ke dalam mulut. Sate yang telah diperap dan dibakar menggunakan arang dapat dirasai aroma bara arang yang dipanggang sekaligus dicicah dengan kuah yang pekat.
Harga untuk sate Minang ini adalah Rp 15.000 bersamaan RM5 di Malaysia untuk 8 cucuk sate, sebiji ketupat dan kuah. Satu tusuk sate berharga Rp 1.800 yakni hanya 60 sen sahaja setusuk. Jika dibandingkan harganya di Malaysia memang murah sekali untuk menjamah satu porsi sate.
Sate Malaysia
Sekarang kita beralih ke Sate Malaysia. Sate Malaysia ini terdiri daripada beberapa jenis daging seperti ayam, sapi, kambing, kelinci, hati, ikan dan lain-lain. Sate Malaysia yang disajikan sememangnya mempunyai isi dan kuah yang sama di seluruh negeri.
Sate Malaysia ini terdiri daripada sate, ketupat, irisan bawang merah, timun dan kuah kacang. Kacang yang telah dikisarkan dimasukkan ke dalam bumbu kuah tersebut sehingga boleh merasai kepedasan dan kemanisan apabila dicicah bersama sate. Satu tusuk sate mempunyai 3 hingga 4 ketulan daging yang dipotong besar dan diselipnya, ada lemak-lemak daging bersama.
Sate yang cukup terkenal di Malaysia ada di Negeri Selangor yaitu Sate Kajang Hj Samuri. Sate ini mempunyai persamaan dengan sate Malaysia yang lain dan apa yang membezakan sate Kajang dan sate Malaysia hanyalah kuah kacangnya dicampurkan dengan sambal goreng. Hj Samuri telah membuka banyak cawangan Kedai Sate Kajang dalam penjualan dan pembekalan sate.
Harga sate di Indonesia adalah lebih murah berbanding sate di Malaysia. Kira-kira 1 cucuk sate di Malaysia berharga RM1.20 hingga RM1.80 beranggaran Rp 3.600 ke Rp 5.400. Perbezaan harga bagi kedua-dua sate ini sangat ketara nilainya bagi satu tusuk sate.