Citizen Journalism
Opini Arti Kemerdekaan di Malaysia: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
BULAN Agustus telah menjadi Hari Ulang Tahun atau Hari Kemerdekaan bagi banyak nagari. Terdapat 24 nagari yang merayakannya termasuk nagari Republik I
Oleh Siti Balqis Binti Salehudin, Mahasiswa Internship Universiti Kebangsaan Malaysia di FIB Unand
BULAN Agustus telah menjadi Hari Ulang Tahun atau Hari Kemerdekaan bagi banyak nagari. Terdapat 24 nagari yang merayakannya termasuk nagari Republik Indonesia pada 17 Agustus 2023 yang lalu dengan slogan kata ‘Melaju Terus Untuk Indonesia Maju’, kemudian tanggal merdeka Korea Selatan pada 15 Agustus 1948, Uruguay pada 25 Agustus 1825 dan Malaysia pada tanggal 31 Agustus 1957.
Mengimbau kemeriahan perayaan Hari Ulang Tahun Republik Indonesia atau HUT ke 78 RI lalu, pelbagai pasambahan dipamerkan dan pelbagai aktivitas menarik dijalankan untuk merayakan hari sejarah buat rakyat Indonesia ini.
Melalui lewat siaran langsung media lokal, banyak acara dan momen menarik disiarkan langsung dari Jakarta dan ada juga perayaan sambutan dari provinsi-provinsi tersendiri.
Ucapan khas dari presiden Republik Indonesia, Joko Widodo dan juga ucapan dari pegawai-pegawai khas yang lain.
Pasambahan-pasambahan yang ada turut viral di aplikasi TikTok dan Facebook sewaktu siaran langsung.
Sebagai wisatawan saya turut senang melihat perayaan itu kerana iya telah menunjukkan pelbagai acara dan budaya asli dari Indonesia.
Alasannya, dapat melihat tarian tradisionalnya, lagu tradisionalnya, pakaian tradisionalnya dan juga bagaimana upacara perayaan Hari Ulang Tahun diadakan di sini. Nantinya, bukan saja bisa berbicara bahasa Indonesia malah dapat menceritakan keunikan dan kemegahan upacara ini.
Tahun ini, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 66 pada 31 Agustus 2023 dengan slogan ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.
Baru-baru ini rakyat Malaysia punya peluang untuk menyertai latihan sambutan perayaan hari kemerdekaan di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Hangat terasa semangat patriotisme dalam diri apabila melihat rakyat beramai-ramai memenuhi dataran tersebut bagi menyaksikan pelbagai acara dan aktivitas yang berjalan.
Rakyat menantikan pasambahan udara dari tantaranya, perbarisan tantara, polisi, pasukan pemadam api, karyawan media dan banyak lagi acaranya.
Tantara Malaysia mempamerkan kehebatan dan aset-aset ketantaraan kepada rakyat agar bisa di lihat alatan yang mereka gunakan ketika berdepan dengan musuh nagari. Biarpun ada jenaka halus tentang tantara mereka.
Iyanya tidak mengurangkan rasa bangga dan kagum rakyat akan barisan yang sentiasa mengorbankan diri demi keharmonian dan keamanan nagari.
Bukan saja pertunjukan aset-aset malah ada juga pasambahan terjunan parasut oleh tantara yang berkebolehan tinggi ini. Haiwan-haiwan yang digunakan untuk mencari dan menyelamat mangsa turut dapat dilihat kemarin.
:quality(30):format(webp):focal(0.5x0.5:0.5x0.5)/padang/foto/bank/originals/Kemerdekaan-Malaysia.jpg)