Citizen Journalism
Antara Sate Padang dan Sate Malaysia: Beda Harga hingga Nama Sate Minang
Keunikan kuliner Indonesia terutamanya di Padang Sumatera Barat tidak jauh beza dengan kuliner di Malaysia. Lauk-lauk yang disajikan pada Nasi Padang
Oleh Adreena Natasya binti Ahmad Daud, Mahasiswi Internship Universiti Kebangsaan Malaysia di FIB Universitas Andalas
KULINER khas Indonesia terutamanya di beberapa daerah di Kota Padang, Bukittinggi, Payakumbuh, Solok serta kabupaten/kota di Provinsi Sumatera Barat tidak jauh berbeda dengan kuliner di Malaysia.
Lauk-lauk yang disajikan pada Nasi Padang boleh dikatakan sama dengan lauk-lauk campur yang dikonsumsi oleh penduduk Melayu di Malaysia.
Berikut ini simak masing-masing sajian dengan cita rasa khas, dari Sate Minang dan Sate Malaysia.
Sate Padang
Terdapat tiga jenis sate Padang antara lain; Sate Padang Darek, Sate Padang Pariaman dan Sate Danguang-danguang. Ketiga-tiga jenis sate ini mempunyai perbedaan warna kuah dan rasa. Setiap sate mempunyai keunikan dan hidangannya tersendiri.
Berdasarkan detikFood.com, Sate Padang Darek ini popular di Padang Panjang dan Bukittinggi. Manakala Sate Padang Pariaman berasal di daerah pesisir, Pariaman dan Sate Danguang-danguang berada di Kabupaten 50 Kota, Sumatera Barat. Ketiga-tiga jenis sate ini mempunyai perbedaan dari segi kuah dan rasa.

Komposisi serta porsi sate Padang adanya sate, ketupat dan kuah kari. Sate ini diperbuat daripada hirisan daging yang nipis dan diperap bersama bumbunya tersendiri.
Lezatnya, rasa kuah kari yang berwarna kuning kecoklatan dicurahkan ke atas sate dan ketupat dan warna kuning daripada kuahnya itu terhasil daripada penggunaan kunyit yang banyak. Kelezatan daripada sate ini terasa apabila terdapat penambah selera seperti bawang goreng dan kerupuk kulit yang ditaburkan ke atas sate.
Kelembutan daging sapi terasa diikuti dengan taburan kerupuk kulit yang memberi kerangupan apabila masuk ke dalam mulut. Sate yang telah diperap dan dibakar menggunakan arang dapat dirasai aroma bara arang yang dipanggang sekaligus dicicah dengan kuah yang pekat.
Harga untuk sate Minang ini adalah Rp 15.000 bersamaan RM5 di Malaysia untuk 8 cucuk sate, sebiji ketupat dan kuah. Satu tusuk sate berharga Rp 1.800 yakni hanya 60 sen sahaja setusuk. Jika dibandingkan harganya di Malaysia memang murah sekali untuk menjamah satu porsi sate.
Sate Malaysia
Sekarang kita beralih ke Sate Malaysia. Sate Malaysia ini terdiri daripada beberapa jenis daging seperti ayam, sapi, kambing, kelinci, hati, ikan dan lain-lain. Sate Malaysia yang disajikan sememangnya mempunyai isi dan kuah yang sama di seluruh negeri.
Sate Malaysia ini terdiri daripada sate, ketupat, irisan bawang merah, timun dan kuah kacang. Kacang yang telah dikisarkan dimasukkan ke dalam bumbu kuah tersebut sehingga boleh merasai kepedasan dan kemanisan apabila dicicah bersama sate. Satu tusuk sate mempunyai 3 hingga 4 ketulan daging yang dipotong besar dan diselipnya, ada lemak-lemak daging bersama.
Sate yang cukup terkenal di Malaysia ada di Negeri Selangor yaitu Sate Kajang Hj Samuri. Sate ini mempunyai persamaan dengan sate Malaysia yang lain dan apa yang membezakan sate Kajang dan sate Malaysia hanyalah kuah kacangnya dicampurkan dengan sambal goreng. Hj Samuri telah membuka banyak cawangan Kedai Sate Kajang dalam penjualan dan pembekalan sate.
Harga sate di Indonesia adalah lebih murah berbanding sate di Malaysia. Kira-kira 1 cucuk sate di Malaysia berharga RM1.20 hingga RM1.80 beranggaran Rp 3.600 ke Rp 5.400. Perbezaan harga bagi kedua-dua sate ini sangat ketara nilainya bagi satu tusuk sate.
Walau bagaimanapun, kedua-dua sate ini mempunyai keunikan dan rasanya tersendiri. Sate-sate ini telah melambangkan makanan khas negara masing-masing yang dapat memenuhi citarasa penduduk di Indonesia mahu pun Malaysia.
Bahkan, Sate Minang banyak dijual di Malaysia bukan saja digemari oleh masyarakat Minangkabau malah masyarakat Melayu. Maka, Rakyat Indonesia tidak perlu khawatir jika merindui Sate Minang anda apabila berada di negara jiran.(*)
Opini Ruang Kota Tanpa Asap: Car Free Day Antara Negara Serumpun Indonesia & Malaysia |
![]() |
---|
Opini Bahasa Melayu: Bila Percuma di Malaysia, Gratis di Indonesia |
![]() |
---|
UNP Pelatihan Emotional Spritual Question di SMAN 1 Tanjung Mutiara Kabupaten Agam, Sumatera Barat |
![]() |
---|
Opini Isyarat Nonverbal di Jalanan, Mengulik Gaya Berkendara di Indonesia dan Malaysia |
![]() |
---|
Membangun Kematangan Digital Anak melalui Keterampilan Parenting Mediasi di Nagari Tiku Selatan Agam |
![]() |
---|
Isi komentar sepenuhnya adalah tanggung jawab pengguna dan diatur dalam UU ITE.